Andy Lau Indonesia Family Community
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Affiliates
Facebook
free forum
 
Pencarian
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search


Malaysia Siap Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR

Go down

Malaysia Siap Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR Empty Malaysia Siap Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR

Post  Ophie Mon Mar 12, 2012 11:53 pm

Malaysia Siap Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR

[You must be registered and logged in to see this image.]

Kehadiran penyanyi terkenal Hong Kong, Andy Lau akan disambut baik sekiranya dia memohon status penduduk tetap (permanent resident/PR) di negara Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata," Andy perlu melalui proses biasa sebagaimana pemohon lain yang ingin menetap di negara ini.

"Secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon taraf PR sekiranya mereka berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia," katanya kepada The Star.

Mahmood berkata, Andy yang kini berusia 50 tahun boleh melakukan permohonan itu secara online di laman web Jabatan Imigresen Malaysia selain perlu hadir sendiri ke jabatan tersebut untuk memohon secara rasmi.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, Andy juga boleh memohon Pas Menetap yang boleh diperbaharui setiap lima tahun sebagai salah satu inisiatif oleh kerajaan.

Sebelum ini, dilaporkan, Andy memberitahu dia berminat untuk memegang status penduduk tetap di Malaysia untuk membesarkan bayi perempuannya.

Isterinya, Carol chu, 45, yang kini sedang mengandung tujuh bulan dijangka bersalin pada Mei depan di Hong kong. Carol Chu adalah mantan ratu kecantikan dan merupakan penduduk Malaysia.


Sumber: The Star Malaysia
Ophie
Ophie

Jumlah posting : 281
Join date : 17.02.10
Age : 43
Lokasi : Solo

Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik